Monday 31 August 2015

Bismillah...

 
Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarokatuh,

Kami pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dari Jabatan Kejuruteraan Awam bagi program DKA sesi Jun 2015. Ahli kami terdiri daripada 4 orang iaitu Asyifa (16DKA15f1029), Nabila (16DKA15F1036), Fatin (16DKA15F1031) dan Fatimah (16DKA15F1030). Blog ini dibina bertujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai Zaman Penjajahan di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu oleh Jepun. 

Harapan kami agar kami dapat menjayakan blog ini dengan sebaiknya. Selain itu, kami juga berharap Ustazah Naimah dapat memahami setiap isi yang kami cuba sampaikan di dalam blog ini. Baca jangan tak baca yer!






Sekian serba sedikit info tentang blog ini! :)

Thursday 27 August 2015

Zaman Penjajahan : Jepun (Faktor Kemenangan Tentera Jepun)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Isi pertama adalah berkaitan dengan pengenalan kepada Zaman Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Faktor Kemenangan Tentera Jepun.

Pengenalan Zaman Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu  ( 15 Feb 1942-15 Ogos 1945)

Penjajahan Jepun merupakan salah satu peristiwa penting dalam negara kita. Walaupun Jepun menduduki negara kita selama 3 setengah tahun, namun kesannya amat mendalam kepada penduduk Tanah Melayu. 

Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa selama 70 hari sahaja. Serangan dimulakan melalui dua arah iaitu melalui pantai timur dan pantai barat. Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya di mana pihak Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada seetengah negara di Asia Tenggara. 

Peta menunjukkan cara kemasukan Jepun ke Tanah Melayu

 Faktor Kemenangan Tentera Jepun

  • Ketidaksetiaan Tentera British menghadapi peperangan


Pihak British tidak bersedia untuk menghadapi peperangan. Mereka menjangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (Singapura) kerana pusat pentadbiran British berada di situ tetapi sebenarnya Jepun memulakan serangan dari arah utara (Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu per satu. 

  • Kelemahan pertahanan laut British


Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British. Pertahanan laut British sebenarnya terlalu lemah terutamanya apabila dua kapal perang mereka iaitu Prince Of Wales dan Repulse telah ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Disember 1941 di perairan sebelah timur Semenanjung (Pahang)

  • Persediaan peperangan oleh Jepun
Kelebihan tentera Jepun yang cukup terlatih, berpengalaman serta bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang cukup baik. Ini juga disebabkan oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Yamashita dan Tisuji. Ini bertentangan dengan sikap tentera British kerana sebahagian besar mereka terdiri daripada orang India yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan. 

Gambar rajah menunjukkan Jepun memasuki Tanah Melayu dengan menaiki basikal 

  • Kelewatan tentera bantuan dari London dan India
Fenomena ini adalah berpunca akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan British. 






Wednesday 26 August 2015

Zaman Penjajahan : Jepun (Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu)

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan di bawah 1 unit pentadbiran serta Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.

Jepun telah memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk memulihkan keadaan awam kerana mereka ingin memulihkan masyarakat tempatan yang sebelum ini huru-hara dan tidak aman ekoran daripada penentangan daripada pemerintah barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan "Asia Untuk Orang Asia" dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu yang akan digunakan untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda negara Jepun pada waktu itu.

Secara tidak langsung ia bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah Melayu dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera. Mereka meletakkan seorang Gabenor Jepun dan membentuk sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang Jepun dan Majlis ini bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri yang ada sebelum ini. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943. 


Gambar rajah menunujukkan Dasar Pemerintahan Jepun yang bercirikan sistem ketenteraan.

Rajah menunjukkan Dasar Pemerintahan Jepun

Friday 21 August 2015

Zaman Penjajahan : Jepun (Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun)

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlansung 3 setengah tahun apabila mereka berundur pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu . Dalam tempoh ini, PKM (Bintang Tiga) cuba menguasa Tanah Melayu dan mencetuskan huru-hara.

Pada bulan September 1945 British kembali dan berusaha mengawal keadaan dengan memerangi kumpulan berideologi komunis. British mengisytiharkan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer. 


  • Darurat

Kekacauan  berlaku pada 16 Jun 1948 apabila tiga orang peladang Eropah dibunuh oleh PKM di Sungai Siput, Perak. Oleh itu, Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu telah mengumumkan Darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.

Darurat berterusan hingga 1960 yang dimulakan oleh PKM. Anggota PKM cuba mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara kekerasan. Anggota PKM (pengganas komunis) telah membunuh anggota tentera, polis dan orang ramai dalam perjuangan mereka. Mereka telah merosakkan ladang getah, peralatan dan jentera perlombongan serta membakar kenderaan awam. Di bawah Undang-undang Darurat, kerajaan berkuasa mengharamkan parti-parti radikal , menangkap tanpa bicara, membuang negeri dan membunuh sesiapa yang terlibat dengan kegiatan komunis. Kira-kira 7,000 orang Cina disyaki dan dihantar pulang ke negara China. 

Kerajaan telah membelanjakan hampir $300,000 sehari semasa darurat. Bilangan anggota polis dan tentera perlu ditambah dan penubuhan Pasukan Polis Khas bagi mengawal ladang getah dan lombong bijih timah.


  • Rancangan Templer
Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah iaitu kawasan hitam dan kawasan putih dimana kawasan hitam adalah kawasan yang dipercayai giat dengan aktiviti komunis dan perlu dikawal oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan putih adalah kawasan yang selamat dan bebas kegiatan komunis.



  • Rancangan Briggs
Sir Harold Briggs memperkenalkan rancangan ini bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru yang telah dipagarkan di sekelilingnya dan disediakan sekolah pusat kesihatan. Ini adalah untuk melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini adalah untuk menghalang penduduk Cina membekalkan makanan, perubatan dan maklumat kepada gerila komunis yang berada di dalam hutan. Kerajaan berharap rancangan ini akan membuatkan pengganas komunis akan kelaparan dan keluar daripada hutan.



Maklumat Tambahan : 


  • Perang Saraf
Sir Gerald Templer dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu menggantikan Sir Henry Gurney . Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis melalui ;

  1. melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu
  2. memberikan pengampunan secara beramai ramai kepada anggota PKM yang menyerahkan diri
  3. memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas komunis
  4. menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka
  • Rundingan Baling
Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan rundingan yang diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955 dan pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM menolak tawaran kerajaan untuk meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh PKM. 
Gambar rajah menunjukkan Pasukan Special Constable memeriksa kenderaan semasa Darurat
Gambar rajah menunjukkan pengganas komunis membakar sebuah ladang getah untuk mensabotaj

Gambar rajah menunjukan perbuatan khianat pengganas Komunis mengeluarkan kereta api dari landasan








Zaman Penjajahan : Jepun (Kesan Pendudukan Jepun)

Kesan Pendudukan Jepun


  • Politik
Wujud kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dan keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan Orang Melayu. Orang Cina dan India dengan ciri bangsa masing-masing dan cenderung mengenai negara asal mereka. Orang Cina juga kian aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti ini menjadi yang terkuat pada tahun 1945-1948.

  • Ekonomi
Penduduk menderita kerana kekurangan makanan dan menggunakan pelbagai cara untuk hidup. Perusahaan bijih timah dan getah merosot akibat serangan Jepun untuk menakluki Tanah Melayu. Para petani dan nelayan telah dipaksa menjual hasil mereka kepada pihak Jepun. Perdagangan menjadi lumpuh dan nilai mata wang negara turut terjejas kerana pengedaran mata wang yang tidak terkawal.

  • Sosial
Orang Cina telah ditindas, Orang Melayu dan India menjadi buruh paksa. Orang Cina terpaksa melarikan diri ke pinggir hutan dan membuka petempatan baru. Berlaku permusuhan di antara orang Melayu dan orang Cina dan sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan akhlak daripada akademik. Masalah kekurangan beras akibat sistem perdagangan antarabangsa yang kacau-bilau. Penduduk Tanah Melayu menghadapi masalah kesihatan ekoran kurangnya bekalan perubatan dan makanan yang tidak berzat. 




Monday 3 August 2015

zaman penjajahan: Jepun (kesan)

       Tiga kesan yang amat ketara boleh nampak ketika Jepun menjajah Tanah Melayu adalah kesan ekonomi , pendudukan Jepun telah menyebabkan banyak industri baru muncul di Tanah Melayu untuk menampung kekurangan barangan. Misalnya, penggunaan bahan api daripada susu getah, penciptaan tayar tanpa tiub daripada getah padat, benang daripada daun nanas dan kertas daripada buluh, daun getah serta lalang. Selain itu, perusahaan tradisional telah berkembang dengan pesatnya seperti menghasilkan minyak daripada kelapa, gula kelapa dan rokok daun Jelas bahawa kesengsaraan yang dihadapi semasa Jepun memerintah menyebabkan rakyat terpaksa mencari beberapa inisiatif untuk meneruskan kelansungan hidup tanpa memikirkan soal kebejatan budaya, agama dan sebagainya. Selain itu , kesan politik di pendudukan Jepun, orang-orang Melayu dan India bekerjasama untuk menghapuskan pihak komunis yang menentang Jepun. Oleh sebab itulah, dendam orang Cina terhadap orang Melayu berakar umbi dan tempoh 14 hari selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu, MPAJA keluar dari hutan dan bermaharajalela membunuh polis, orang-orang kampung terutamanya orang Melayu. Orang-orang Cina dan wujud juga segelintir orang Melayu di dalam MPAJA mahu menubuhkan Republic Communist of Malaya.Jelaslah bahawa masalah politik timbul hasil daripada tindakan Jepun yang memperalatkan orang-orang Melayu dan India akhirnya membawa keretakan perpaduan di antara kaum. Akhir sekali, kesan sosial melihat Kekejaman Jepun tidak pernah putus misalnya di Sandakan, Sabah, sesiapa yang disyaki terlibat dalam gerakan menentang Jepun akan ditangkap. Mangsa aka diberi makan, tangannya diikat ke belakang dan makanan diletakkan di atas lantai seperti seekor anjing. Mangsa juga dijemur di kawasan panas terik bersama-sama tahanan lain di dalam sangkar berukuran 140 kaki persegi seramai 25 orang. Terdapat juga tahanan yang diberi minum air sabun sehingga perut kembung kemudian satu papan diletakkan di atas perut, tentera Jepun akan memijiak beramai-ramai. Itu masih belum cukup, hukuman paling kejam ialah kulit kepala tahanan akan ditebuk kemudiannya dimasukkan garam dan mangsa diberi pisau untuk membunuh diri sendiri.Oleh sebab itulah, ketika pemerintahan Jepun, kehidupan sosial masyarakat terjejas teruk, hidup di dalam ketakutan dan tidak tenteram.

Saturday 1 August 2015

Kesimpulan

Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat nasionalisme timbul taktala Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun itu hanyalah sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Orang-orang Melayu dan India tegar menyokong perjuangan Jepun yang mahu membuka belenggu British di Asia namun akhirnya terjerat dengan harapan mereka sendiri tidak ubah seperti ‘mengelak daripada mulut harimau kemudian masuk ke mulut buaya’. 

Memoir A. Samad Ismail jelas membuktikan kepayahan dan kesukaran hidup di zaman Jepun, dunia yang luas seperti di dalam sangkar besi. Segala pergerakan terbatas dengan kehidupan sekeliling dipenuhi mayat-mayat bergelimpangan ataupun darah-darah berhamburan. Kesimpulannya, memoir ini memang telus dalam mengisahkan penderitaan dan penyiksaan semasa zaman pentadbiran Jepun, bukannya dipengaruhi prasangka atau dikaburi oleh emosi semasa beliau menulisya