Friday 21 August 2015

Zaman Penjajahan : Jepun (Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun)

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlansung 3 setengah tahun apabila mereka berundur pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu . Dalam tempoh ini, PKM (Bintang Tiga) cuba menguasa Tanah Melayu dan mencetuskan huru-hara.

Pada bulan September 1945 British kembali dan berusaha mengawal keadaan dengan memerangi kumpulan berideologi komunis. British mengisytiharkan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer. 


  • Darurat

Kekacauan  berlaku pada 16 Jun 1948 apabila tiga orang peladang Eropah dibunuh oleh PKM di Sungai Siput, Perak. Oleh itu, Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu telah mengumumkan Darurat pada 17 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.

Darurat berterusan hingga 1960 yang dimulakan oleh PKM. Anggota PKM cuba mengambil alih kuasa di Tanah Melayu secara kekerasan. Anggota PKM (pengganas komunis) telah membunuh anggota tentera, polis dan orang ramai dalam perjuangan mereka. Mereka telah merosakkan ladang getah, peralatan dan jentera perlombongan serta membakar kenderaan awam. Di bawah Undang-undang Darurat, kerajaan berkuasa mengharamkan parti-parti radikal , menangkap tanpa bicara, membuang negeri dan membunuh sesiapa yang terlibat dengan kegiatan komunis. Kira-kira 7,000 orang Cina disyaki dan dihantar pulang ke negara China. 

Kerajaan telah membelanjakan hampir $300,000 sehari semasa darurat. Bilangan anggota polis dan tentera perlu ditambah dan penubuhan Pasukan Polis Khas bagi mengawal ladang getah dan lombong bijih timah.


  • Rancangan Templer
Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah iaitu kawasan hitam dan kawasan putih dimana kawasan hitam adalah kawasan yang dipercayai giat dengan aktiviti komunis dan perlu dikawal oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan putih adalah kawasan yang selamat dan bebas kegiatan komunis.



  • Rancangan Briggs
Sir Harold Briggs memperkenalkan rancangan ini bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru yang telah dipagarkan di sekelilingnya dan disediakan sekolah pusat kesihatan. Ini adalah untuk melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini adalah untuk menghalang penduduk Cina membekalkan makanan, perubatan dan maklumat kepada gerila komunis yang berada di dalam hutan. Kerajaan berharap rancangan ini akan membuatkan pengganas komunis akan kelaparan dan keluar daripada hutan.



Maklumat Tambahan : 


  • Perang Saraf
Sir Gerald Templer dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu menggantikan Sir Henry Gurney . Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis melalui ;

  1. melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu
  2. memberikan pengampunan secara beramai ramai kepada anggota PKM yang menyerahkan diri
  3. memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas komunis
  4. menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka
  • Rundingan Baling
Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan rundingan yang diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955 dan pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM menolak tawaran kerajaan untuk meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh PKM. 
Gambar rajah menunjukkan Pasukan Special Constable memeriksa kenderaan semasa Darurat
Gambar rajah menunjukkan pengganas komunis membakar sebuah ladang getah untuk mensabotaj

Gambar rajah menunjukan perbuatan khianat pengganas Komunis mengeluarkan kereta api dari landasan








No comments:

Post a Comment