Saturday 1 August 2015

Kesimpulan

Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat nasionalisme timbul taktala Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun itu hanyalah sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Orang-orang Melayu dan India tegar menyokong perjuangan Jepun yang mahu membuka belenggu British di Asia namun akhirnya terjerat dengan harapan mereka sendiri tidak ubah seperti ‘mengelak daripada mulut harimau kemudian masuk ke mulut buaya’. 

Memoir A. Samad Ismail jelas membuktikan kepayahan dan kesukaran hidup di zaman Jepun, dunia yang luas seperti di dalam sangkar besi. Segala pergerakan terbatas dengan kehidupan sekeliling dipenuhi mayat-mayat bergelimpangan ataupun darah-darah berhamburan. Kesimpulannya, memoir ini memang telus dalam mengisahkan penderitaan dan penyiksaan semasa zaman pentadbiran Jepun, bukannya dipengaruhi prasangka atau dikaburi oleh emosi semasa beliau menulisya

No comments:

Post a Comment