Wednesday 26 August 2015

Zaman Penjajahan : Jepun (Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu)

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan di bawah 1 unit pentadbiran serta Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.

Jepun telah memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk memulihkan keadaan awam kerana mereka ingin memulihkan masyarakat tempatan yang sebelum ini huru-hara dan tidak aman ekoran daripada penentangan daripada pemerintah barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan "Asia Untuk Orang Asia" dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu yang akan digunakan untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda negara Jepun pada waktu itu.

Secara tidak langsung ia bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah Melayu dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera. Mereka meletakkan seorang Gabenor Jepun dan membentuk sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang Jepun dan Majlis ini bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri yang ada sebelum ini. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943. 


Gambar rajah menunujukkan Dasar Pemerintahan Jepun yang bercirikan sistem ketenteraan.

Rajah menunjukkan Dasar Pemerintahan Jepun

No comments:

Post a Comment