Monday 3 August 2015

zaman penjajahan: Jepun (kesan)

       Tiga kesan yang amat ketara boleh nampak ketika Jepun menjajah Tanah Melayu adalah kesan ekonomi , pendudukan Jepun telah menyebabkan banyak industri baru muncul di Tanah Melayu untuk menampung kekurangan barangan. Misalnya, penggunaan bahan api daripada susu getah, penciptaan tayar tanpa tiub daripada getah padat, benang daripada daun nanas dan kertas daripada buluh, daun getah serta lalang. Selain itu, perusahaan tradisional telah berkembang dengan pesatnya seperti menghasilkan minyak daripada kelapa, gula kelapa dan rokok daun Jelas bahawa kesengsaraan yang dihadapi semasa Jepun memerintah menyebabkan rakyat terpaksa mencari beberapa inisiatif untuk meneruskan kelansungan hidup tanpa memikirkan soal kebejatan budaya, agama dan sebagainya. Selain itu , kesan politik di pendudukan Jepun, orang-orang Melayu dan India bekerjasama untuk menghapuskan pihak komunis yang menentang Jepun. Oleh sebab itulah, dendam orang Cina terhadap orang Melayu berakar umbi dan tempoh 14 hari selepas kekalahan Jepun di Tanah Melayu, MPAJA keluar dari hutan dan bermaharajalela membunuh polis, orang-orang kampung terutamanya orang Melayu. Orang-orang Cina dan wujud juga segelintir orang Melayu di dalam MPAJA mahu menubuhkan Republic Communist of Malaya.Jelaslah bahawa masalah politik timbul hasil daripada tindakan Jepun yang memperalatkan orang-orang Melayu dan India akhirnya membawa keretakan perpaduan di antara kaum. Akhir sekali, kesan sosial melihat Kekejaman Jepun tidak pernah putus misalnya di Sandakan, Sabah, sesiapa yang disyaki terlibat dalam gerakan menentang Jepun akan ditangkap. Mangsa aka diberi makan, tangannya diikat ke belakang dan makanan diletakkan di atas lantai seperti seekor anjing. Mangsa juga dijemur di kawasan panas terik bersama-sama tahanan lain di dalam sangkar berukuran 140 kaki persegi seramai 25 orang. Terdapat juga tahanan yang diberi minum air sabun sehingga perut kembung kemudian satu papan diletakkan di atas perut, tentera Jepun akan memijiak beramai-ramai. Itu masih belum cukup, hukuman paling kejam ialah kulit kepala tahanan akan ditebuk kemudiannya dimasukkan garam dan mangsa diberi pisau untuk membunuh diri sendiri.Oleh sebab itulah, ketika pemerintahan Jepun, kehidupan sosial masyarakat terjejas teruk, hidup di dalam ketakutan dan tidak tenteram.

No comments:

Post a Comment